SHAH ALAM: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menahan enam individu termasuk empat wanita bagi membantu siasatan berhubung kes mengemukakan tuntutan palsu bernilai hampir RM900,000 sekitar tahun 2016 hingga tahun lepas.
Menurut sumber, keenam-enam suspek berusia antara 30 hingga 59 tahun itu ditahan di pejabat SPRM Selangor sekitar 5 petang tadi ketika hadir memberi keterangan.
Katanya, tiga suspek berkenaan merupakan ketua pegawai operasi, pengarah dan akauntan sebuah syarikat pembinaan dipercayai berpakat untuk meluluskan pembayaran kepada dua syarikat yang terbabit dalam kerja-kerja menaik taraf saliran dan projek tebatan banjir di Selangor sedangkan kerja berkenaan tidak dilaksanakan.
"Projek pertama iaitu kerja-kerja menaik taraf saliran membabitkan nilai lebih RM250,000 manakala projek tebatan banjir pula bernilai lebih RM600,000.
Sementara itu, Pengarah SPRM Selangor Datuk Alias Salim mengesahkan penahanan tersebut dan berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009.
Kesemua suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Shah Alam pagi esok untuk permohonan reman, katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Sep 12 2022
Keenam-enam suspek berusia antara 30 hingga 59 tahun itu ditahan di pejabat SPRM Selangor sekitar 5 petang tadi ketika hadir memberi keterangan. - Gambar hiasan
Kontraktor, operator menara telekomunikasi perlu jalin kerjasama - Fahmi
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil meminta kontraktor dan operator menara telekomunikasi supaya sentiasa berhubung dan bekerjasama bagi memastikan segala permasalahan dapat ditangani segera.
Lee Zii Jia melangkah ke akhir Terbuka Thailand
Lee Zii Jia layak ke perlawanan akhir Terbuka Thailand dengan menewaskan pemain pilihan kelapan kejohanan dari Taiwan Chou Tien Chen.
10 Berita Pilihan - (18 Mei 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Suspek serangan Balai Polis Ulu Tiram tiada kaitan kumpulan pengganas - KPN
Polis mengenal pasti suspek yang menyerang Balai Polis Ulu Tiram semalam tiada kaitan dengan kumpulan pengganas.
Filem aksi 'The Experts' angkat tema kekeluargaan
Unsur kekeluargaan menjadi taruhan filem aksi bertemakan rompakan "The Experts" bagi membezakannya daripada filem bergenre sama yang pernah dibawa ke layar perak sebelum ini.
Malaysia jadi negara contoh ‘best practice’ perkembangan digital, teknologi AI
Malaysia dijadikan salah satu negara contoh yang mempunyai best practice bagi memastikan aspirasi digital dan teknologi Kecerdasan Buatan (AI) dapat dijayakan.
KBS mahu pencarian bakat sukan diteruskan di peringkat negeri
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mahu program pencarian dan pembangunan bakat dilakukan secara berterusan di peringkat negeri khususnya bagi sukan yang mampu menyumbang pingat di pentas antarabangsa.
Kad Diskaun Khas Menu Rahmah tawar diskaun 40 peratus belian barangan keperluan perniagaan
Beban peniaga makanan menyediakan Menu Rahmah berikutan kenaikan harga barang boleh diatasi, apabila mereka memohon dan menggunakan Kad Diskaun Khas Menu Rahmah.
Kutipan zakat Melaka meningkat 4.94 peratus kepada RM66.9 juta
Prestasi kutipan zakat di Melaka meliputi zakat harta dan zakat fitrah merekodkan peningkatan sebanyak 4.94 peratus kepada RM66.9 juta dalam tempoh 1 Jan hingga 16 Mei tahun ini.
AWANI Ringkas: Ugut ibu bapa selebriti | Kad Diskaun Menu Rahmah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penolong pegawai mengaku tidak bersalah kemuka tuntutan palsu, salah guna harta
Seorang penolong pegawai Jabatan Perangkaan Negeri Melaka berhadapan enam pertuduhan mengemukakan tuntutan palsu dan menyalahgunakan harta.
Bekas pegawai Ahli Parlimen Merbok didenda RM45,000 buat tuntutan palsu
Bekas Pegawai Tugas-Tugas Khas Ahli Parlimen Merbok dijatuhkan hukuman denda RM45,000 di Mahkamah Sesyen di sini, atas pertuduhan mengemukakan tuntutan palsu bagi projek baik pulih rumah pada 2020.
Pegawai kanan ditahan SPRM, KADA minta semua pihak tidak buat spekulasi
Muhammad Husain berkata ini kerana sebarang spekulasi yang timbul boleh menjejaskan siasatan SPRM dan menganggu pengoperasian serta perkhidmatan KADA.
SPRM Kelantan tahan pegawai kanan KADA buat tuntutan palsu
Lelaki berusia 40-an itu ditahan pada 9.30 malam tadi selepas dipanggil ke pejabat SPRM untuk diambil keterangan.
MB Perlis disiasat bawah Seksyen 23 Akta SPRM
Projek terlibat termasuk membaik pulih, menyelenggara, pembekalan dan perkhidmatan di seluruh Perlis.
SPRM jangka ada beberapa tangkapan isu tuntutan palsu anak menteri besar - Azam
SPRM akan membuat beberapa tangkapan lagi, berhubung kes melibatkan anak seorang menteri besar bagi membantu siasatan kes tuntutan palsu berjumlah RM600,000.
Tahanan reman lima individu termasuk anak MB disambung hingga esok
Kesemua suspek berusia 27 hingga 37 tahun itu ditahan oleh SPRM antara pukul 7 dan 8 pagi Selasa lepas di sekitar Perlis.
Pegawai kanan agensi penguat kuasa direman bantu siasatan tuntutan palsu RM1.18 juta
Pengarah SPRM negeri Kedah, Ahmad Nizam Ismail mengesahkan penahanan pegawai kanan tersebut susulan penahanan empat individu yang disyaki terlibat dalam kes sama sebelum ini.
Tuntutan palsu selenggara kapal: SPRM tahan tiga penguat kuasa termasuk pegawai kanan
Tiga individu termasuk seorang pegawai kanan sebuah agensi penguat kuasa disyaki kemuka tuntutan palsu RM1 juta ditahan SPRM.
Tuntutan palsu hampir RM1 juta: SPRM tahan pengarah syarikat
Suspek disyaki terlibat dalam tuntutan palsu pada 2021 babitkan kerja penyelenggaraan stor minyak dan bilik penginapan berjumlah lebih RM490,000.